Rabu, 11 November 2009

KG. TAMAU: JEMPUTAN SOLAT HAJAT

JEMPUTAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM DAN STPM


Untuk makluman pihak tuan/puan, AJK Masjid Kg. Tamau Utara akan mengadakan Majlis Solat Hajat untuk anak-anak kita yang telah atau bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada ketetapan seperti berikut. Semoga permohonan kita semua diperkenankan oleh Allah S.W.T.


Tarikh : 12.11.2009 (Malam)

Masa : 5.30 Petang

Tempat: Masjid Kampung Tamau Utara


Atas keperihatinan dan perhatian tuan/puan kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga anak-anak kita berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.


sekian, terima kasih.


Haji Manshor Bin Haji Jali

Pengerusi Masjid Kg. Tamau Utara,

Kota Belud.

Khamis, 29 Oktober 2009

TAMAU: JETI BARU...

Kampung Tamau, Kota Belud: Pembinaan Jeti Baru di kampung ini mendapat perhatian yang begitu menggalakkan oleh masyarakat sekitar kampung Tamau. Ada yang memuji malahan tidak kurang yang mempertikai kedudukan dan reka bentuk Jeti tersebut. Namun semua itu bukan persoalannya, pada penulis adalah perubahan sikap penduduk masyarakat sekitarnya adalah persoalan yang perlu kita perhatikan.

Zaman dahulu, setiap pembangunan yang bakal diwujudkan di kawasan perkampungan pasti akan mendapat tentangan yang hebat. Bukan sahaja daripada penduduk setempat bahkan juga ketua kampungnya. Namun melihat senario sekarang, zaman itu telah pun berlalu. Ketua kampung sentiasa menyokong pembangunan yang sedang di rancang oleh pihak kerajaan. Mungkin disebabkan JKKK turut memberikan kerjasama yang baik. Masyarakat di Kg. Tamau juga sentiasa memberikan kerjasama kepada para pemimpin di dalam merancang aktiviti pembangunan kampung malahan sentiasa mengalu-alukan kehadiran pemimpin di kawasan mereka.

Pembinaan Jeti ini di harap dapat membantu para nelayan terutama didalam aktiviti pengumpulan hasil tangkapan mereka. Para pemimpin juga mestilah membantu masyarakat di kawasan tersebut terutama didalam melatih atau membimbing nelayan-nelayan ke arah pengurusan dan penangkapan yang lebih moden dan teratur.

Walau apapun, terbinanya Jeti ini, di harap para nelayan menggunakan segala kemudahan dengan lebih baik dan berhemah lagi. Sebagai anak jati di Kg. Tamau, penulis amat berbangga atas usaha kerajaan di dalam membantu golongan nelayan agar dapat merasai nikmat pembangunan sebenar. Kepada YB. Datuk Musbah Bin Haji Jamli dan Datuk Abd. Rahman Dahlan, Kami penduduk sekitar Kampung Tamau berterima kasih atas bantuan dan kesungguhan pihak YB membantu masyarakat kampung kami.

Isnin, 26 Oktober 2009

TAMAU: PENDUDUK DAN PENGHUNINYA...

Kampung Tamau, Kota Belud: Penduduk kg. Tamau terdiri daripada kaum Iranun namun sejak akhir-akhir ini jumlah penduduk di Kg. Tamau mula bertambah. Kehadiran pendatang asing terutamanya dari Indonesia merancakkan lagi "kehidupan" di kampung tersebut. Malahan kebanyakkan tanah sawah atau kebun mulai diusahakan oleh pendatang asing. Realiti ini dapat dilihat bukan sahaja dikampung Tamau sebenarnya, tetapi juga di kampung-kampung lain.

Menulusuri kehidupan sebenar masyarakat di kampung Tamau, kita akan dapati bahawa sumber utama mereka adalah pertanian dan perikanan. Kebanyakkan mereka ini bekerja sebagai nelayan dan petani. Inilah sumber pendapatan utama penduduk di sini, maka tidak hairanlah apabila projek Jelapang Padi dan pembinaan Jeti di kampung tersebut mendapat pujian dan menjadi isu yang hangat diperbincang oleh masyarakatnya sama ada di kedai kopi, warung ataupun ketika di masjid-masjid. Pada mereka limpahan pembangunan ini merupakan rezeki Allah yang perlu di hargai dan perlu di syukuri. Namun disebalik kegembiraan tersebut, ramai juga penduduk disekitar tempat tersebut yang mulai gusar dengan kehadiran pendatang asing. Salah seorang ibu kepada anak gadis dan merupakan penduduk di situ menyatakan bahawa, beliau amat risau tentang keselamatan anak-anak terutama anak gadis di kampung tersebut. "tawan kinu su karajaan dih khua sa tindakan...tangkap pen aki. Gia ya lupa ta tapi nyabalah ta su kena muntud sa inged ginawa". Luah ibu tersebut.

Permasalahan ini sebenarnya telah pun diusul kepada Ketua Kampung dan JKKK kg. Tamau. Malahan, Tuan Haji Aspan sendiri telah menyatakan bahawa beliau sudah pun membuat aduan kepada pihak berwajib. Pihak berwajib juga kerap melakukan serbuan tetapi kadang kala gagal memberkas kesemua pendatang asing tersebut. seorang Pegawai pihak yang berwajib menyatakan" Sebenarnya masalah ini tidak semestinya di letakkan dibahu pihak berwajib sahaja, sebenarnya para penduduk juga perlu memberikan kerjasama agar masalah ini dapat di atasi segera". Kata beliau ketika di tanya mengenai permasalahan ini.

Secara peribadinya, saya amat mengharapkan kesedaran yang tinggi pada penduduk kampung Tamau terutamanya berkaitan dengan isu pendatang asing. Kita bukanya tidak mempunyai perasaan tetapi kita perlu fikir soal keuntungan dan kelemahannya "Memelihara kelompok ini". Ketua kampung serta JKKK perlu lebih bertindak tegas terutama apabila melibatkan isu-isu keselamatan di kampung Tamau.


Rabu, 21 Oktober 2009

TAMAU: JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YASSIN MASJID TAMAU UTARA....

MAKLUMAN KEPADA JEMAAH DAN PENDUDUK SEKITAR KAMPUNG TAMAU, PADA MALAM INI MAJLIS BACAN YASSIN AKAN DI ADAKAN DI MASJID KAMPUNG TAMAU UTARA PADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:

HARI: KHAMIS (MALAM JUMAAT)
TARIKH: 22.10.2009
MASA: 6.30 PETANG (SELEPAS ISYAK)

DI HARAP JEMAAH DAN PENDUDUK SEKITAR DAPAT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS BACAAN YASSIN INI. SEMOGA USAHA KITA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH INI MENDAPAT BALASAN YANG BAIK DARIPADA ALLAH S. W.T....AMIN.

IMAM MASJID KAMPUNG TAMAU UTARA.

Selasa, 20 Oktober 2009

TAMAU: BANGUNAN SK. TAMAU LAMBAT DISIAPKAN....


Kampung Tamau, Kota Belud: Pembinaan bangunan sekolah baru merupakan rahmat kepada penduduk Kg. Tamau, Kota Belud. Maklumat yang diperolehi, Pembinaan bangunan tersebut menelan kos sebnyak RM 10 Juta ringgit. Malahan difahamkan bahawa bangunan baru tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan, kantin dan bilik komputer. Selain itu, pembinaan bangunan tersebut telah mengangkat Kg. tamau sebagai kampung yang mempunyai bangunan sekolah terbesar atau lengkap denga prasarana di daerah Kota Belud.

Pembinaan bangunan ini sebenarnya telah pun dalam perlaksanaan iaitu tarikh mula projek ini dilaksanakan atau tarikh milik tapak ialah pada 30.12.2007 dan dijangka siap pada taikh 02.06.2009. Pada mula pembinaanya kontraktor menunjukkan kesungguhan yang tinggi malahan jumlah pekerja yang ditempatkan di situ agak terlalu ramai. Hati masyarakat Kg. Tamau semakin gembira kerana tidak lama lagi anak-anak di Kg. tamau dan sekitarnya akan belajar dalam keadaan lebih baik dan selesa lagi. Namun semua ini ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba. Apa tidaknya, pembinaan bangunan tersebut sekarang menghadapi masalah kerana pap yang penduduk Kg. tamau perhatikan proses pembinaan tidak berjalan langsung. Wakil Penduduk di fahamkan, hal ini berlaku disebabkan buruh atau pekerja yang pada hakikatnya dibawah tanggungjawab kontraktor langsung tidak ada. Maksudnya, kontraktor tidak mempunyai pekerja.

Dalam tinjauan penulis di situ, seorang penduduk kampung Tamau yang tinggal dikawasan berdekatan iaitu En. Jani telah menyatakan bahawa ketiadaan pekerja disebabkan oleh serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa (Polis). Namun, Seorang Pegawai Polis telah memaklumkan bahawa serbuan tersebut merupakan operasi biasa malahan ia kerap dilakukan bagi mengatasi kebanjiran pendatang asing. Kalau mereka punya passport, buat apa kami ambil tindakan, Andai pihak kontraktor mahukan kerja mereka tidak terganggu maka mereka perlu mengikut prosedur sebenar iaitu sediakan passport (kerja) kepada setiap para pekerjanya, tambah Pegawai tersebut.

Permasalahan ini turut mendapat tempat dalam posting beberapa bloger di Kota Belud. namun sehingga ke saat ini tindakan dan penjelasan dari pihak berwajib masih di nantikan. Dalam blog saudara depu-depu misalnya ada menyatakan bahawa pihak kontraktor telah memohon penangguhan untuk tarikh siap bangunan tersebut iaitu daripada bulan 9 ke bulan 11. 2009. Namun sehingga sekarang bangunan ini hanya siap 60 atau 70% sahaja yang siap. Dengan ketiadaan pekerja ini penulis merasakan tempoh siap terpaksa ditambah lagi. Yang pasti kegusaran mulai melanda penduduk Kg. Tamau dan sekitarnya. Harapan penduduk Kg. Tamau dan sekitarnya adalah bangunan ini siap dalam masa yang ditetapkan. Keprihatinan wakil-wakil rakyat amat dituntut ketika ini. Dengan campurtangan YB Datuk Musbah atau Datuk Rahman Dahlan diharap permasalahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Isnin, 19 Oktober 2009

TAMAU: SEJARAH KG. TAMAU

Kampung Tamau: Penduduk asal kampung Tamau adalah dari suku kaum Iranun. Suku kaum ini merupakan suku minority di Sabah. Kampung Tamau terletak di daerah Kota Belud dan Kg ini berdekatan dengan kampung Pintasan, Kg. Merabau, Kg. Kota Bongan dan Kg. Tawadakan.


Berdasarkan sejarah pembukaan kampung ini, terdapat dua versi cerita yang sehingga sekarang hangat diperbincag oleh pelbagai lapisan masyarakatnya. versi pertama menyatakan bahawa nama Tamau itu sebenarnya diambil sempena nama seorang Moyang penduduk di situ yang kononya beliau merupakan orang pertama yang membuka perkampungan tersebut iaitu Apu Tamau. Hal ini mungkin benar memandangkan ada sebahagian penduduk di kampung ini mengaku susur galur mereka dari keturunan Apu Tamau. Namun kesahihanya masih dipertikaikan lagi.


versi yang kedua, nama Tamau ini sebenarnya diambil daripada nama sebuah tasik kecil yang terletak di Kg. Tamau (Belakang Rumah Arwah jairin). Namun kebenarnya sama seperti versi yang pertama. Masih dipertikaikan oleh masyarakat setempat.


Penduduk kampung Tamau ini di anggarkan lebih kurang 450 orang (Berdasarkan kepada senarai nama pengundi) namun jumlah sebenar masih dalam proses pengiraan. Ketua Kampung Tamau sekarang ialah Tuan haji Salam Bin Haji yat dan pengurusi JKKK ialah Tuan Haji Tambaku Haji Gador.


Perkampungan ini turut dibekalkan dengan sekolah rendah (Sk Tamau), Klinik desa dan masjid Kampung Tamau utara. Salah satu keunikkan kampung Tamau ialah pantainya yang masih “dara” lagi iaitu belum diteroka untuk tujuan komersil,. kampung Tamau juga mempunyai anak sungai yang dipanggil sebagai Suansuk. Kawasan anak sungai ini kini telah diwartakan sebagai Taman Burung. Tenaga elektrik turut dibekalkan oleh pihak kerajaan tetapi bekalan air bersih dan telefon masih dalam proses perbincangan.


Pembangunan infrastruktur dan pembangunan minda masyarakat kampung Tamau banyak dipelopori oleh pemimpin-pemin terdahulu dan sekarang tanggunjawab itu telah dipikul oleh wakil Rakyat N.6 Tempasuk iaitu YB. Datuk Haji Musbah Haji Jamli. Haji Mansor merupakan “orang Kuat beliau dan tidak hairanlah masyarakat kampung Tamau memandang tinggi kredbiliti Tuan Haji Mansor. segala permasalahan banyak disalurkan kepada beliau sebelum dibawa untuk perhatian YB. Datuk Musbah. Keharmonian kampung Tamau merupakan usaha penduduknya yang cintakan kedamaian.





*** Penulis mengakui masih banyak kekurangan bahan atau fakta mengenai Kampung Tamau. Di harap rakan-rakan yang punyai maklumat berkaitan Kg. Tamau ini boleh berkongsi dengan Penulis. Insyallah maklumat tersebut akan dikreditkan kepada nama pengirim. Sila emailkan kepada Penulis watasatamau@gmail.com. Tq.***