Selasa, 20 Oktober 2009

TAMAU: BANGUNAN SK. TAMAU LAMBAT DISIAPKAN....


Kampung Tamau, Kota Belud: Pembinaan bangunan sekolah baru merupakan rahmat kepada penduduk Kg. Tamau, Kota Belud. Maklumat yang diperolehi, Pembinaan bangunan tersebut menelan kos sebnyak RM 10 Juta ringgit. Malahan difahamkan bahawa bangunan baru tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan, kantin dan bilik komputer. Selain itu, pembinaan bangunan tersebut telah mengangkat Kg. tamau sebagai kampung yang mempunyai bangunan sekolah terbesar atau lengkap denga prasarana di daerah Kota Belud.

Pembinaan bangunan ini sebenarnya telah pun dalam perlaksanaan iaitu tarikh mula projek ini dilaksanakan atau tarikh milik tapak ialah pada 30.12.2007 dan dijangka siap pada taikh 02.06.2009. Pada mula pembinaanya kontraktor menunjukkan kesungguhan yang tinggi malahan jumlah pekerja yang ditempatkan di situ agak terlalu ramai. Hati masyarakat Kg. Tamau semakin gembira kerana tidak lama lagi anak-anak di Kg. tamau dan sekitarnya akan belajar dalam keadaan lebih baik dan selesa lagi. Namun semua ini ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba. Apa tidaknya, pembinaan bangunan tersebut sekarang menghadapi masalah kerana pap yang penduduk Kg. tamau perhatikan proses pembinaan tidak berjalan langsung. Wakil Penduduk di fahamkan, hal ini berlaku disebabkan buruh atau pekerja yang pada hakikatnya dibawah tanggungjawab kontraktor langsung tidak ada. Maksudnya, kontraktor tidak mempunyai pekerja.

Dalam tinjauan penulis di situ, seorang penduduk kampung Tamau yang tinggal dikawasan berdekatan iaitu En. Jani telah menyatakan bahawa ketiadaan pekerja disebabkan oleh serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa (Polis). Namun, Seorang Pegawai Polis telah memaklumkan bahawa serbuan tersebut merupakan operasi biasa malahan ia kerap dilakukan bagi mengatasi kebanjiran pendatang asing. Kalau mereka punya passport, buat apa kami ambil tindakan, Andai pihak kontraktor mahukan kerja mereka tidak terganggu maka mereka perlu mengikut prosedur sebenar iaitu sediakan passport (kerja) kepada setiap para pekerjanya, tambah Pegawai tersebut.

Permasalahan ini turut mendapat tempat dalam posting beberapa bloger di Kota Belud. namun sehingga ke saat ini tindakan dan penjelasan dari pihak berwajib masih di nantikan. Dalam blog saudara depu-depu misalnya ada menyatakan bahawa pihak kontraktor telah memohon penangguhan untuk tarikh siap bangunan tersebut iaitu daripada bulan 9 ke bulan 11. 2009. Namun sehingga sekarang bangunan ini hanya siap 60 atau 70% sahaja yang siap. Dengan ketiadaan pekerja ini penulis merasakan tempoh siap terpaksa ditambah lagi. Yang pasti kegusaran mulai melanda penduduk Kg. Tamau dan sekitarnya. Harapan penduduk Kg. Tamau dan sekitarnya adalah bangunan ini siap dalam masa yang ditetapkan. Keprihatinan wakil-wakil rakyat amat dituntut ketika ini. Dengan campurtangan YB Datuk Musbah atau Datuk Rahman Dahlan diharap permasalahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

2 ulasan:

  1. salam saudaraku wata sa tamau,
    perkara biasa dalam projek kerajaan Barisan Nasional. kontraktor sanggup menunggu pekerja asing yang murah berbanding mengambil penganggur kita di kota belud sendiri, dan YB-YB macam biasa sudah kena bagi sikit diam2la bah..hehehe.. tengok SMK tambulion pun lambat siap. Entah-entah projek agropolitan tu mungkin ada antara peserta sudah arwah belum tentu dapat hasil. Minta-mintalah tidak jadi seperti itu. perkara biasalah kalau projek kerajaan BN ni..hehehe..Pemimpin kita relax pasal dorang senang sudah sedia, rakyat jak jadi mangsa. akhirnya sendiri fikir juga cari makan..hehehe..wassalam.aku menulis bukan kerna nama

    BalasPadam