Isnin, 19 Oktober 2009

TAMAU: SEJARAH KG. TAMAU

Kampung Tamau: Penduduk asal kampung Tamau adalah dari suku kaum Iranun. Suku kaum ini merupakan suku minority di Sabah. Kampung Tamau terletak di daerah Kota Belud dan Kg ini berdekatan dengan kampung Pintasan, Kg. Merabau, Kg. Kota Bongan dan Kg. Tawadakan.


Berdasarkan sejarah pembukaan kampung ini, terdapat dua versi cerita yang sehingga sekarang hangat diperbincag oleh pelbagai lapisan masyarakatnya. versi pertama menyatakan bahawa nama Tamau itu sebenarnya diambil sempena nama seorang Moyang penduduk di situ yang kononya beliau merupakan orang pertama yang membuka perkampungan tersebut iaitu Apu Tamau. Hal ini mungkin benar memandangkan ada sebahagian penduduk di kampung ini mengaku susur galur mereka dari keturunan Apu Tamau. Namun kesahihanya masih dipertikaikan lagi.


versi yang kedua, nama Tamau ini sebenarnya diambil daripada nama sebuah tasik kecil yang terletak di Kg. Tamau (Belakang Rumah Arwah jairin). Namun kebenarnya sama seperti versi yang pertama. Masih dipertikaikan oleh masyarakat setempat.


Penduduk kampung Tamau ini di anggarkan lebih kurang 450 orang (Berdasarkan kepada senarai nama pengundi) namun jumlah sebenar masih dalam proses pengiraan. Ketua Kampung Tamau sekarang ialah Tuan haji Salam Bin Haji yat dan pengurusi JKKK ialah Tuan Haji Tambaku Haji Gador.


Perkampungan ini turut dibekalkan dengan sekolah rendah (Sk Tamau), Klinik desa dan masjid Kampung Tamau utara. Salah satu keunikkan kampung Tamau ialah pantainya yang masih “dara” lagi iaitu belum diteroka untuk tujuan komersil,. kampung Tamau juga mempunyai anak sungai yang dipanggil sebagai Suansuk. Kawasan anak sungai ini kini telah diwartakan sebagai Taman Burung. Tenaga elektrik turut dibekalkan oleh pihak kerajaan tetapi bekalan air bersih dan telefon masih dalam proses perbincangan.


Pembangunan infrastruktur dan pembangunan minda masyarakat kampung Tamau banyak dipelopori oleh pemimpin-pemin terdahulu dan sekarang tanggunjawab itu telah dipikul oleh wakil Rakyat N.6 Tempasuk iaitu YB. Datuk Haji Musbah Haji Jamli. Haji Mansor merupakan “orang Kuat beliau dan tidak hairanlah masyarakat kampung Tamau memandang tinggi kredbiliti Tuan Haji Mansor. segala permasalahan banyak disalurkan kepada beliau sebelum dibawa untuk perhatian YB. Datuk Musbah. Keharmonian kampung Tamau merupakan usaha penduduknya yang cintakan kedamaian.





*** Penulis mengakui masih banyak kekurangan bahan atau fakta mengenai Kampung Tamau. Di harap rakan-rakan yang punyai maklumat berkaitan Kg. Tamau ini boleh berkongsi dengan Penulis. Insyallah maklumat tersebut akan dikreditkan kepada nama pengirim. Sila emailkan kepada Penulis watasatamau@gmail.com. Tq.***

3 ulasan: